WEB BLOG
this site the web

Recent Photos

image
image
image

Konvokesyen..

Wah..masing-masing sudah tidak sabar untuk merasai saat menerima segulung ijazah di hadapan ratusan graduan yang lain..kian terbayang wajah bangga ibu, ayah serta keluarga menatap diri ini bersama lembaran ijazah yang diusahakan sekian lama..pasti banyak yang ingin diperkatakan kepada rakan-rakan berkenaan pengalaman di tempat kerja setelah agak lama tidak bersua muka..tarikh keramat itu semakin hampir..wajar rasanya ucapan ini ditujukan kepada anda semua..

SELAMAT MENJALANI MAJLIS KONVOKESYEN KHAS OUM!!

p/s: jangan lupa untuk mengisi permohonan temuduga SPP nanti..

Berkenaan Posting..

Nampaknya sudah banyak di antara kita yang mengetahui ke mana hala tuju masing-masing selepas ditugaskan nanti..cuma tinggal 1 kelas saja lagi yang masih belum mengetahui nasib di mana mereka akan dihantar selepas ini..saya cuma nak mencadangkan supaya sesiapa yang berminat untuk meletakkan nama dan alamat sekolah masing-masing di blog ini supaya dapat memudahkan urusan kita untuk berhubung di kemudian hari..tiada paksaan ataupun imbuhan untuk anda berbuat demikian..sekadar untuk kemudahan kita bersama demi menjamin ukhwah yang terjalin di antara kita akan terus berkekalan walaupun terpisah jauh dari pandangan mata..

Majlis Izin Ilmu 2009

Kepada semua AJK Majlis Izin Ilmu 2009 diminta bersiap sedia. Tarikh bagi Majlis Izin Ilmu telah pun ditetapkan oleh Tuan Pengerusi PISMK-OUM, Mohd Ridhiallah. Butiran adalah seperti berikut;

Hari: Khamis
Tarikh: 19.11.09
Masa: 9.00 - 11.00PM

Segala kerjasama amatlah dihargai.

Penyerahan Surat Perlantikan & Posting

Kepada semua pelajar PISMK-OUM Cohort 1 akan menerima surat perlantikkan dan temapat di mana anda akan di posting. All the best!


Tarikh: 16.11.09
Hari: Isnin

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia

Selamat menjalani kursus KISSM 2009 kepada semua guru pelatih PISMK-OUM.

Bitaufik wan najjah!

Pelancaran Blog PISMK (OUM) IPIS Cohort 1 JAN 2006

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


SELAMAT DATANG KE BLOG PISMK (OUM) IPIS Cohort 1 JAN 2006!

Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai modus operandi untuk menyampaikan sebarang maklumat dan info berkenaan batch ambilan PISMK (OUM) IPIS Cohort 1 Ambilan Jan 2006. Saya, Tengku Budiman selaku Pengarah Alumni mengalu-alukan kedatangan sahabat sekalian. Harapan agar dengan adanya blog ini, kita masih dapat terus berhubung.

Segala maklumat dan organisasi batch akan diselitkan. Komen dan cadangan adalah sangat dialukan. Sekian, Wassalamu.
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies